KAYA in 90days – Episode 1

Salam Yob & Yong,

1. Sebelum kita start, teman ada 1 berita gumbira untuk anda dan 1 berita buruk untuk anda! Kita mulakan yang buruk dulu ok? Berita buruk adalah – Diramalkan ekonomi dunia akan gawat pada 2016/2017 (kecuali industri property, kesihatan & kosmetik) dan pada yang kerja swasta, bersedialah untuk dibuang kerja dan hidup melarat. Berita baiknya pula, ekonomi kita pada tahun ini ibarat tahun emas, amat bagus untuk jadi KAYA CEPAT dan rebut peluang ini hari ini juga dan apabila kegawatan, anda hanya senyum saja pada butawan yang malas bertindak!

2. Sebelum anda baca tip selanjutnya utk Kaya in 90days (K90), bukakan minda anda dahulu, jujur dengan diri sendiri, buang ego & yang paling penting, buang perangai Butawan & jadi seperti “bayi” semula yang suci dengan menjadi insan baru berjiwa Jutawan! Kita tidak akan KAYA jika berfikiran seperti sekarang tetapi mengharap keputusan yag berbeza pada hari esok. Nasihat Pak Albert Einstein“Insanity: doing the same thing over and over again and expecting different results!”.

3. Mampukah anda berubah? Jika ya, jom kita teruskan ke langkah seterusnya.

4. Tahukah anda amat mudah untuk KAYA? Tipnya adalah kita perlu laju setapak dari Melayu lain kerana Melayu lain masih diawangan dibuai drama “Playboy Itu Suamiku”. Bila ditanya ada baca buku tak? Pantas je jawap takda masa tapi tengok drama ada masa pulak? Melayu paling miskin pun sekarang ada Astro di rumah tapi bayar anak tuisyen takda duit…Takpa, kita  biarkan mereka, kalau semua  Melayu nak berniaga, siapa pula nak beli?

5. Teman bagi sikit-sikit dulu ya, kita sambung pada Episode 2 ya…

p/s: Anda bebas untuk copy & paste sebarang artikel JenamaSendiri.Com tanpa sebarang sekatan copyright

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

KAYA in 90days – Episode 2

1. Ok, berbalik pada K90, setelah anda menjadi “bayi” semula, pastikan anda bersedia pula untuk relakan diri anda disuntik bius bernama “K.A.K”. Apa itu KAK? KOMITMEN + ACTION = KAYA!

2. Untuk KAYA, jangan terus jump pada ACTION, tetapi anda harus nekad dan janji pada diri sendiri untuk beri KOMITMEN dahulu. Sebagai contoh, jika anda mahu kurus, beri komitmen nak kurus kemudian barulah mencari gym, jogging atau diet. Jika tiada janji untuk KOMITMEN, anda pasti akan beri alasan tiada masa nak pergi gym dan sebagainya. KOMITMEN akan menghapuskan segala alasan basi kita dan terus bergerak untuk mulakan langkah yang pertama (yang biasanya Butawan sering tewas).

3. Setelah ada KOMITMEN, teruskan dengan ACTION iaitu dengan mencari bisnes yang mendatangkan margin keuntungan yang tinggi (contoh bisnes kosmetik dengan keuntungan 500% ke atas). Ingat! Hendak bisnes bukan pilih bisnes yang kita suka, bini kita suka, laki kita suka atau hobi kita, tapi buat bisnes yang margin untung tinggi dan bisnes kita itu dapat menyelesaikan masalah customer. Contoh di kampung saya, Kuala Kangsar, jarak antara pasar dan kampung agak jauh dan tiada public transport, jadi seorang India bernama Manan telah menghidu masalah ini dan dia akhirnya JUTAWAN!

4. Setelah KOMITMEN dan ACTION bermadu, maka hasilnya adalah KAYA! Kita sambung pada Episode 3 ya…

p/s: Anda bebas untuk copy & paste sebarang artikel JenamaSendiri.Com tanpa sebarang sekatan copyright

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

KAYA in 90days – Episode 3

Salam Yob & Yong,

1. Setelah disuntik bius KAK, kini masanya untuk ke langkah seterusnya. Untuk K90, diri anda sendirilah yang menentukan jaya atau gagalnya. Keenakan menjadi KAYA adalah hebat dan untuk memilikinya, kita juga perlu cuba dan wajib menjadi hebat. Bagaimana menjadi Melayu yang hebat?

2. Melayu tergolong pada 3 jenis :-

  • Melayu 1 (M1) = Melayu yg Suka Menyalahkan Individu Lain E.g. Jika kawan tak bagi pinjam modal, salahkan kawan tak support Melayu padaha ilmu niaga pun takda, sapa nak bagi loan!
  • Melayu 2 (M2) = Melayu yg Suka Menyalahkan Keadaan E.g. Jika jual tudong tak laku, salahkan market yang berlambak tudong padahal promosi pun tak buat. Sapa la yang nak beli!
  • Melayu 3 (M3) = Melayu Hebat. Sentiasa Mencari kesilapan diri dan memperbaikinya secepat mungkin

3. Setelah anda lengkapkan diri dengan KAK & M3, kini barulah anda telah sempurna lengkapkan jiwa dan diri sebagai seorang bakal JUTAWAN!

4 . Konsep KAK & M3 ini adalah TIANG untuk menjadi JUTAWAN dan lupakan hasrat anda untuk KAYA in 90Days kerana ini adalah asas segalanya. Kalau malas nak ikut, makanlah gaji sampai pencen tapi jangan merengek bila petrol naik 20sen, susu anak mahal, rumah mahal ye.

5. Apa langkah seterusnya? Nantikan episode 4 pula!

p/s: Anda bebas untuk copy & paste sebarang artikel JenamaSendiri.Com tanpa sebarang sekatan copyright

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

KAYA in 90days – Episode 4 (How to Buat Super Promosi for Dummies)

Salam Yob & Yong,

1. Promosi berbentuk iklan amat penting untuk menonjolkan ‘kehenseman’ produk kita untuk bakal customer. Ramai yang menghasilkan iklan ikut suka diri sendiri tanpa teknik yang betul. Kadangkala kita sendiri pun bosan jika sesuatu iklan tiada keunikan sendiri. Keunikan yang membuatkan brand (teman akan ceritakan rahsia memilih brand yang tepat pada episode berikutnya) anda melekat pada pemikiran customer.

2. Selain keunikan, iklan terutama iklan di FB atau majalah/suratkhabar wajib mematuhi rukun seperti di bawah :

  • Pilihan color/objek yang mencocok mata – e.g iklan filem “Maleficent”
  • Bina persepsi produk anda terhebat, wujudkan “kepercayaan” atau “trend” pada produk anda – e.g Produk puteh ini terlajak hebat, anda akan serta merta menjadi kegilaan lelaki di kampung anda!
  • Terangkan customer akan kerugian besar jika tidak beli produk ini – e.g. Produk ini cerahkan kulit yang hitam legam dalam masa yang pantas & mereka berkulit hitam tidak akan jadi kegilaan lelaki!
  • Arahkan customer membeli produk anda segera – e.g. Beli sebelum malam ini kerana promosi akan tamat tepat pukul 12 tgh malam

3. Ini hanyalah secebis tentang kehebatan Super Promosi & ada beberapa lagi rahsia yang akan didedahkan ekslusif pada customer Pakej VIP sahaja.

4. Episode seterusnya kita akan ajar “How to Buat Super Brand for Dummies”! Nantikan…

p/s: Anda bebas untuk copy & paste sebarang artikel JenamaSendiri.Com tanpa sebarang sekatan copyright

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

KAYA in 90days – Episode 5 (How to Branding for Dummies)

Salam Yob & Yong,

Hari ini jom kita berbicara tentang branding. Pernahkan anda dengar pepatah “kerana nama aku jatuh hati”? Begitu juga dengan brand, brand wajib mempunyai nama yang unik untuk mudah diingati oleh bakal customer anda.

Berikut teknik Branding :

1. Pastikan nama brand pendek ,maksimun hanya 3 suku kata. e.g. MAXIS, DIGI, TABITA . Perasan kah anda, brand yang panjang seperti Sendayu Tinggi juga sudah dipendekan ke ST sahaja.

2. Pastikan ejaan untuk brand anda itu mudah dan meresap dalam fikiran customer. Yang penting tidak berbelit lidah nak sebut.

3. Tiap brand perlu mengambarkan nature of business yang kita jalankan. e.g. Tenaga Nasional Bhd – berkaitan tenaga seperti eletrik .e.g. Jamu Mak Dara – berkaitan jamu

4. Belum terlambat untuk tukarkan branding anda dan war-warkan sebagai “re-packaging”.

5. Teman jumpa ramai sangat yang branding ikut syok sendiri seperti gabungan nama isteri suami termasuk anak sulung yang akibatnya, satu produk pun tak terjual. Mungkin brand itu meaningful bagi anda tetapi tidak pada customer di luar sana. Ingin rahsia yang seterusnya yang ramai founder kosmetik lain takut jika anda ketahui? Kita akan reveal hanya pada customer Pakej VIP sahaja!

6. Walaubagaimanapun, episode seterusnya, kita relak sikit dengan kisah tabiat jutawan yang orang Melayu malas contohi walaupun tau kebaikannya. Dunia pantas berubah, jutawan senyap Cina muncul tiap hari ketika kita sedang tidur…tapi kita?

p/s: Anda bebas untuk copy & paste sebarang artikel JenamaSendiri.Com tanpa sebarang sekatan copyright

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

KAYA in 90days – Episode 6 (Tabiat JUTAwan vs Sifat BUTAwan)

Salam Yob & Yong,

Ok, episode ini kita santai sikit dan jom repair minda kita dan belajar tabiat seorang jutawan. Tabiat seorang jutawan adalah sama dengan tanpa mengira apa bangsa pun mereka.

1. Bangun awal pagi. E.g. CEO Apple Tim Cook bangun 4.30am, CEO Starbuck Howard 6am, CEO Virgin Richard Branson 5.45am

2. Berbicara/meditasi dengan Tuhan. E.g.  Chairman Ford Motor, Bill Ford,berbicara setiap pagi mengikut kaedah “Loving Kindness”, Oprah Winfrey berbicara 2 kali sehari selama 20 minit. Orang Islam,Subuh adalah waktu berbicara paling afdal dengan kesunyian pagi

3.  Pemaaf & Tidak simpan dendam. E.g. Jutawan tidak mempunyai masa untuk berhati busuk berdendam kerana masa mereka terhad & tiap masa adalah berharga untuk mereka uruskan bisnes. Hanya mereka yang banyak masa dan takda bisnes yang suka berdendam.

Bersambung…..hanya ekslusif untuk customer Pakej VIP sahaja…

p/s: Anda bebas untuk copy & paste sebarang artikel JenamaSendiri.Com tanpa sebarang sekatan copyright